responsive web templates

BAJA REALSTRONG N-BIO BOOSTER

Keputusan yang berkesan di dalam ladang.

Mobirise
Mobirise

Baja RealStrong N-Bio Booster 

Baja RealStrong N-Bio Booster mengandungi bakteria pengikat nitrogen dalam atmosfera (tidak larut) menjadi ammonia (NH3), nitrit (NO-2) atau nitrat (NO-3), yang boleh diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan ditukar kepada protein dan asid nukleik untuk tumbesaran tanaman. Jesteru itu, bakteria pengikat notrogen merupakan salah satu bakteria berfungsi yang utama dalam formula penghasilan baja bio. Baja ini telah diuji keberkesanan terhadap pertumbuhan dan hasil padi serta kesuburan tanah untuk 2 musim di MADA dan IADA Barat Laut Selangor seluas 4.8 hektar.

KELEBIHAN BAJA REALSTRONG N-BIO BOOSTER

Bilangan anak pokok per meter persegi yang lebih banyak (346 hingga 385 anak pokok/m).

Peratus padi bernas yang tinggi (86.05%).

Menggalakkan pertumbuhan anak pokok padi dengan lebih banyak.

Meningkatkan kecekapan pengambilan nutrient terutamanya unsure nitrogen ke daun. 

Menghasilkan berat padi 1000 biji lebih tinggi (28.27g) berbanding padi yang tidak dirawat dengan Baja RealStrong N-Bio Booster.

Meningkatkan hasil padi 10-12% per hektar dengan penggunaan Baja RealStrong N-Bio Booster hanya 2 musim penanaman padi.

Menghasilkan pokok padi yang lebih tinggi (37.3 - 112.3cm). Oleh itu, dapat menyerap cahaya matahari lebih tinggi untuk proses fotosintesis.

Produk bio-teknologi yang hijau dan mesra alam.

Menguruangkan input baja kimia 10-30% setelah penggunaan berterusan.

Menyuburkan tanah dan meningkatkan pH tanah.

Meningkatkan kandungan organik dan nutrien tanah.

Meningkatkan populasi mikrob bermanfaat dalam tanah.

Mobirise

Baja RealStrong N-Bio Booster menghasilkan pokok padi lebih tinggi supaya boleh menangkap cahaya matahari untuk fotosintesis.

Mobirise

Baja RealStrong N-Bio Booster meningkatkan mikrob bermanfaat dalam tanah.

Baja RealStrong N-Bio Booster membantu mengurangkan input baja kimia sebanyak 10-30%.

KEPUTUSAN UJIAN

Mobirise

KOMPOSISI PRODUK

Mobirise

KAEDAH PENYIMPANAN

Tidak boleh terdedah kepada cuaca yang melampau.

Disimpan di dalam keadaan teduh dan ada aliran udara.

Guna dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penghasilan. 

KAEDAH BANCUHAN

1 liter Baja RealStrong N-Bio Booster dibancuh dengan 75 liter air untuk sawah seluas 1 hektar.

Gunakan air yang bebas klorin.

MASA APLIKASI

Semburan 1: Semasa penyediaan tanah.

KAEDAH APLIKASI

Menggunakan kaedah semburan boom sprayer untuk memudahkan semburan.

Teknik semburan mestilah sedikit kasar kadar pelepasan titisan semburannya.

Tidak boleh menggunakan bekas dan alat penyemburan yang sama dengan penggunaan racun.

Semburan diwaktu awal pagi atau lewat petang.

Elakkan semburan di waktu petang atau panas terik.

Semburan mengikut arah angin dan mestilah sampai ke tanah.

Semburan mestilah dilakukan 5 hari sebelum atau selepas aplikasi baja kimia atau racun.

Baja ini tidak boleh dicampur bersama bahan cecair kimia yang lain seperti racun kerana mengandungi mikrob.

Kaedah pencairan hendaklah menggunakan air tanpa klorin.

BAJA REALSTRONG N-BIO BOOSTER DIKILANGKAN OLEH

All Cosmos Industries Sdn Bhd
PLO650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel: +607 252 3788
Fax: +607 251 2588 / +607 252 5298
Website: www.allcosmos.com
Email: sales_marketing@allcosmos.com

DAN DIEDARKAN OLEH

KIIK Resources Sdn Bhd
2-5, Innovation House, Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
Tel: +603 8957 7595
Fax: +603 8957 7595

Mobirise
Mobirise
Address

2-5, Innovation House,
Technology Park Malaysia,
57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur,
MALAYSIA.

Contacts

Email: info@kiik.my                    
Phone: +60 3 89939393                   
Fax: +60 3 89939393